Saturday 20 December 2014

IST Music

Alhamdulillah saya masih bernafas di dunia pinjaman Allah S.W.T ini. Walaupun aku kini merangkak mencari maksud realiti kehidupan ini. Okay sekarang Is cuti 2 minggu utk mid term. Yeahhhhhh tapi selama dua minggu ni Is akan focus pada IST Music. So mesti tertanya apa tu IST Music? Apa tujuan dia? Okay IST Music adalah Irwan Shah Tasara Music dan tujuan dia adalah utk Is mengumpulkan kesemua karya Is dan karya kerjasama Is bersama composer lain. Ya lama dah nak buat tapi asik tangguhkan je. So selepas bertahun asik merangka je, rasenya dh tiba masenya release kan. So takdelah karya collaboration Is dgn beberapa composer lain berterabur. So nantikan....  hehe :)

Monday 1 December 2014

Semester Baru Menyiksa Aku

Semester baru je bermula pagi tadi. Saat pendaftaran je aku mula rase tertekan. Begitu aku rase tersiksa hati ni, begitu banyak aku perlu tempuhi. Kadang aku rase mengapa aku disini, mengapa aku teruskan. Begitu sakit aku rase, takde siapa yang memahami. Ohhh tuhan aku terlalu kuat ke sampai kau memberi aku dugaan seperti ini? Aku terpaksa hadapi dengan hati yg hancur tersiksa, bagai gelap segalanya. Aku mengharapkan segalanya ada hikmahnya.

Wednesday 15 October 2014

Final Exam dah habis


Assakamualaikun wbt

Bermulah coretan Is semula. Alhamdulillah 15/10/2014 tamat sudah final exam Diploma Fashion and Design sem 1. Rasa macam nak jerit sepuasnya dan rasa lega(macam dah sem akhir pulak, padahal ada 4 sem lagi). Sem 1 ni pun dah buat Is stress dan hampir bunuh jiwa Is. Tapi di sebabkan Is yg memulakan langkah ni, Is akan buktikan Is mampu berdiri di atas diriku sendiri

Aku rasa cukup setakat ini nukilan buat kali ni. Cukup
sekadar ini sahaja dulu. Nanti Is update lagi. Macam-macam nak cerita sebenarnya. Eh esok Is ada terlibat dalam PHENOMENON DIPLOMA FASHION SHOW UiTM-KTT 2014
#AD116PHENOMENON. Nanti Is update ttg Fashion Show tu eh.

Monday 13 October 2014

Saya kembali mencoret cerita

Assalamualaikum friends out there...
How are you guys doing? I hope everyone's in the pink of health. Yeah it's been so long since my last post. I was
busy with final exams for my first semester. Okay rasanya cukup speaking London tu kan haha bukan orang putih nak bace pun coretan aku kan. Haha Sekarang Is belajar di UiTM Private di Sepang dalam jurusan Fashion and Design. Haaa terkejut ke? Alaaa relax lah. Memang dulu Is beria habiskan setahun cuba interview UiTM n Aswara,eh tak lupa juga di Universitas Pendidikan Indonesia dalam diploma muzik tapi mungkin bukan rezeki di situ. Syukur maybe tuhan mahu Is utk punya ilmu lain juga. Alhamdulillah study blh dikatakan blh lah, tapi sometimes mcm rse susah jugak sbb bukan minat pilihan pertama kan. Okay nanti kita sambung lagi. Is akan cite beberapa coretan yg Is dh lalui yg tak sempat di post haha padahal dh berkurun tak update kan. Hehe 

Friday 18 January 2013

~ Sunday Acoustic Session ~

Jom bersama-sama kita memeriahkan Sunday Acoustic Session pada 20jan ini iaitu hari ahad ini di Topten Jamming Studio Klang...Selain Is,Sunday Acosutic Session menampilkan Aliyas Zakaria and Sunday Saver,Taufiq Ozil,Cora Band,Fahmi and The Gang,Skaya Band and Nami...Itu berdasarkan poster yang Is dapat,dengar-dengar ada penambahan lagi...Tidak ketinggalan penampilan Istimewa dari Malaysian Youth Talent Group...Juga Penampilan khas dari Danial Afif dan Ryzal Syah... Mesti tertanye-tanye Is akan menyanyikan lagu apa kan?nak tahu ke? Mungkin Is akan menyanyikan lagu original song Is yang buat julung-julung kalinya...so nantikan :)

Monday 14 November 2011

Anugerah Industri Muzik 18

Pada sabtu yang lepas Is telah menghadiri Anugerah Industri Muzik ke 18 dan ia boleh dikatakan okay lah bagi Is.Seawal pukul 3ptg Irwan dh mula sesi make-up dan bersiap dengan my sister a.k.a my personal assistance.make-up yg mengambil mase hampir 2jam dan ya bosan haha dan saya perlu ade di stadium putra bukit jalil pada pukul 6ptg kerana perlu berjumpa dengan Ika iaitu wakil dari murai.com.my utk mengambil Pas saya AIM18 Is.Agak memenatkan kerana saya sampai di rumah pukul 1am selepas segala acara tamat.tapi semua persembahan pd malam itu memang terbaek!!dan persembahan paling Irwan tunggu ialah persembahan Greyson Change dan Najwa Latif.Tidak mengecewakan Is.Tidak ketinggalan semasa mencari Ika wakil murai,Irwan terserempak Irmawatul Najihah iaitu adik Najwa Latif.Sempat menegur Jiha.Dan kami bercakap sekejap je.

Ini adalah gambar yg sempat Irwan ambil...

Me with Nabil Mentor

Me with Syafimie

Me with My Sister Lydia

Me at Blue Carpet

Sweet couple kan diorang ni...heheheheh...tapi ni bukan Irwan yg capture pic ni...just copy dari fanpage Najwa...sebenarnya byk lgi gmbr Irwan dekat AIM18...kalau nak tengok boleh tengok dekat fanpage Irwan http://www.facebook.com/pages/Irwan-Shah/115720711814402